Wednesday, May 14, 2008

Check out my Slide Show!

memori

Sawah kering makin mengecil Oleh Junita Mat Rasid

(PIC...COURTESSY TO PN RODZIAH)Photobucket

Penduduk Kampung Sawah Ring mahu kekal keindahan jelapang padi dengan atasi masalah pengairan, haiwan perosak

MUAR: Latar belakang Gunung Ledang dan kelibat burung berterbangan menjadikan kawasan tanaman padi di Kampung Sawah Ring, di Bukit Gambir, dekat sini satu pemandangan indah yang pastinya menarik hati sesiapa saja yang melalui Jalan Bukit Gambir-Gersik. Keindahannya begitu menggamit hati sehinggakan orang luar dari kampung itu terutama pelancong asing yang melalui jalan itu sanggup memberhentikan kenderaan mereka di tepi jalan bagi menghayati pemandangan itu atau mengabadikannya menerusi lensa kamera.Tidak keterlaluan dikatakan bahawa pemandangan sawah padi di kampung itu adalah antara pemandangan yang tidak ternilai umpama gambar lukisan dan sewajarnya ia terus dikekalkan untuk tatapan generasi akan datang.

Kampung Sawah Ring memiliki kira-kira 250 hektar sawah padi yang diusahakan lebih 220 pesawah, manakala kira-kira 10 hektar lagi tanah sawah tidak dapat diusahakan dipercayai akibat masalah pengairan menyebabkan tanah kering dan tidak sesuai ditanam padi.

Nama Kampung Sawah Ring sebenarnya bermaksud Sawah Kering berikutan sawah di kawasan itu sering kering sehingga keluasan tanah sawah dikatakan semakin mengecil.Berbanding 20 tahun hingga 30 tahun lalu, kawasan sawah padi itu sebenarnya semakin mengecil dan semakin banyak kawasan sawah diubah kepada kebun sayur atau tanaman sawit. Seorang petani, Mazlan Miskiran, 36, berkata, petani sering mengalami masalah sawah padi yang kering apabila Pam Bekalan Air Sawah Ring dibuka menyebabkan penurunan paras air mengurangkan jumlah air yang dialirkan ke sawah padi.Beliau mendakwa pam itu terpaksa dibuka terutamanya setiap kali hujan lebat bagi mengatasi masalah banjir di kawasan berhampiran. Sehubungan itu, pihaknya mencadangkan supaya takungan lebih besar diadakan di kawasan itu bagi mengatasi masalah banjir kilat, sekali gus menangani masalah pengairan sawah padi."Masalah pengairan menyebabkan ada kawasan sawah yang tidak dapat diusahakan selain masalah rumpair dan serangan haiwan perosak," katanya. Selain itu, katanya, petani kawasan itu juga menghadapi ancaman daripada kumpulan burung dikenali sebagai burung Panggling yang memakan batang padi dan merosakkannya. Katanya, kehadiran burung daripada spesies dilindungi itu disedari sejak tiga tahun lalu dan jumlahnya kini dianggarkan lebih 100 ekor berbanding hanya beberapa ekor pada awal kemunculannya. "Walaupun burung itu sebenarnya cantik kerana mempunyai badan yang agak besar berbanding bangau dan berwarna coklat kebiruan, ia sebenarnya adalah perosak tanaman padi di kawasan itu," katanya. Mazlan berkata, di sebalik cabaran yang dihadapi petani di kampung itu, mereka tetap bersyukur kerana masih mampu mengusahakan tanaman padi yang diwarisi nenek moyang mereka dan berharap ia terus kekal.

Beliau bersama abangnya, Ahmad Fuad, 40, mengambil alih mengusahakan sawah padi seluas lebih lapan hektar daripada bapa mereka selepas menamatkan pelajaran di sekolah menengah.
"Sejak kecil lagi saya sudah didedahkan dengan sawah pagi menyebabkan selepas tamat belajar sekolah menengah saya mengambil keputusan untuk membantu bapa selepas mengambil alih sepenuhnya sawah padi itu," katanya.
Seorang lagi petani, Rizal Selamat, 37, yang turut mengambil alih mengusahakan sawah daripada bapanya, berkata pada hari ini hanya kira-kira 10 peratus pesawah adalah golongan berusia, manakala bakinya adalah generasi muda.
Katanya, seboleh mungkin penduduk kampung berusaha mengekalkan keluasan tanah sawah yang ada untuk diusahakan bagi memastikannya tidak ditukar kepada kawasan pertanian lain atau dijadikan tapak rumah.
Beliau sendiri mengusahakan kira-kira 2.5 hektar sawah milik bapanya, selain empat hektar sawah yang disewa daripada pemilik asal yang tidak dapat mengusahakannya sendiri.
"Walaupun dikenakan bayaran sewaan kira-kira RM150 bagi setiap 0.4 hektar sawah, hakikatnya ramai yang berebut-rebut untuk menyewa sawah kerana pada masa ini tanah sawah yang ada tidak mencukupi.
"Adalah satu kerugian jika tanah yang masih ada tidak dapat dikerjakan kerana masalah pengairan sehingga ia terpaksa dibiarkan atau dijadikan kebun sayur," katanya.
Rizal berkata, walaupun pernah mengalami kerugian beberapa musim penuaian padi akibat masalah serangan perosak dan pengairan, selain peningkatan kos baja dan racun, petani tetap bersemangat untuk mengusahakan sawah yang ada.
"Sebelum ini, sejak tiga musim yang lalu, jumlah hasil padi berkurangan akibat pelbagai masalah serangan perosak atau tanah yang kering. Hanya musim kali ini kualiti padi semakin meningkat, sekali gus memberi semangat untuk kami meneruskan usaha," katanya.

Beliau berkata, pada musim penuaian padi kali ini, beliau berupaya mendapatkan hasil kira-kira dua tan bagi setiap 0.4 hektar sawah padi berbanding hanya kira-kira satu tan untuk keluasan yang sama, sebelum ini.
Beliau berharap, kawasan sawah padi di Kampung Sawah Ring itu terus kekal dan diusahakan oleh generasi muda sejajar dengan nama kampung itu sendiri yang diambil sempena dengan keluasan tanaman padi di kawasan berkenaan.

====================================================================================

masa kecik2 ..aku selalu ikut ayah aku g sawah2 kat cni...tgk org buat taliair...bila dh siap taliair ni ...penuh dgn air2...aku rasa mcm nk terjun aje dlm tu sbb airnye yg jernih tu menarik perhatian aku..mcm swimming pool pulak...kekdg aku hulur jugak kaki aku dlm tali air tu tanpa risau kot2 terjatuh dlm taliair ...taliair ni dlm ler juga bg aku yg berumur 4thn ketika tu...masih aku ingat lg nama2 abg2 yg bekerja buat projek taliair ni...antaranye..abg saidi..(ni aje laa yg dpt awek sawah ring)...abg din,abg goh,abg john,abg ramli...derang ni sewa umah arwah Pak johar dan mak enon...aku pulak jenis kanak2 riang dgn mulut mcm pah bedah..tu derang suka layan aku...opps bukan aku aje...ROZI pun sama..sapa ROZI ni...?? dia laa kwn baik aku...anak tuan umah...kata mak..arwah pakjohar dan arwah mak enon x pernah amik duit sewa pun dgn ayah aku..kira family aku dok free aje kat umah sewa tu..hihihi...dulu2 tuan umah ni kiranye seorg peniaga runcit yg berjaya kat SAWAH RING ni..kat umah dia je tv....bila hari jumaat ramai org2 kg dtg tgk tv.. kekdg aku dgn rozi ni nakal...klubudak yg kami xsuka .kami xbg masuk hall pastu siaplaa...mak enom membebelkan budak kecit 2 ekor ni...hiihiihi

Tuah umah ada maid...aku panggil KAK KETET aje..akak ni rajin sgt...dan selalu bawak aku bonceng basikal dia...pernah dia bawa aku sampai ke sg ekor...pastu balik basah lokos kene hujan...
Alhamdulillah ..laling aku pun org MUO..dekat juga dgn SAWAH RING ni...jd tiap kali nk g MUO mesti lalu SAWAH RING dulu...dptlah aku tgk umah arwah PAK JOHAR...wlaupun aku tau ROZI xde kat sini tapi abg2 dia msh ada lg kat umah tu...INSYALLAH klu blk kg lg ...aku akan singgah umah tu...

Tuesday, May 13, 2008

lawak ngok ngek

saper paling sengal??

Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali,
sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni
menybbkan tok imam x senang duduk. Pd satu hari tok imam tu dtg dg
niat nak tarbiyah depa ni.

Maka berlakulah bbrp insiden cabar-mencabar.
Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nnt.

Si Alipun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nnt kami
buktikan yg kami bkn la jahil sgt spt yg disangkakan" .

Maka apb hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu kesurau.

Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan,
"Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..." Dg segera tok imam merampas mikrofon drp
Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat
takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali x khusyuk, angkat 2x
pun
x khusyuk jgk lg..

Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok,tokduduk kat belakang,
biar saya jadi imam."
Tok imam punundur le ke belakang.

Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para
makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba2 je si Budin
ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!"

Lalubatallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawaterbhk2.

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke
depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis
sembahyang.
Siap dg wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko
niii...

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dgn
bongkaknye si Ciko berkata,

"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang.
He heee..."
Tok imam pun terkedu&terpana...

gila blog


hehehe..lawaknyer laki haku ni...sejak merayap kat blog jmd tu...dia pun nak create blog jugak...hehehe...aku tgk ramai jugak geng2 ex titan yg dh start blog memasing ni..td nyaris2 aku ter 'add' blog aku ni ke dlm blog dia..kang dia tau pulak rahsia aku kat sini ..ngeh..ngeh..ngeh

Friday, May 9, 2008

dah bersawang...

huh..byknya sawang...dh lama x hapdet...hihihi...mcm mana nk hapdet..laptop aku kene conquer dgn anak2..x cukup 2 komputer...yg ayah dia punya pun nk diconquernyer...ni br 3 org..esok2 keluar yg kat dlm ni..ntah2 berebut jugak dgn abg dan kakak2 dia..

cuti aritu blk kluang..dah lama x blk sejak hr mengundi...sampai kg pkl 5 ptg sbb kami bertolak lewat coz ayen kirim srh belikan kopok lekor..ai..kene laa kedai kopok buka dulu..klu aku bertolak awal..xdpt laa kopok tganu..hehehe..harus aku ganti dgn kopok mersing pulak nnt..

kat umah kg,mak aku masak asam pedas ikan mayung..ni mmg feberet aku tapi kali ni mak msk pedas sket dr biasa sbb atuk aku komplen..x pedas..dh ler konflik pulak dgn ayah yg leh mkn cili..hehehehe...selain asam pedas ada juga apam pisang..aku pualk bawa balik resepi cakoi utk mak aku..bertuah punya anak bknnyer nk buatkan mak dia kuih tu..tapi bg resepi aje..sebenarnye maku tingin nk buat kuih ni tapi x tau cara2 nk buat..ada sekali tu dia tgk kat umah jiran aku..sedara org tu buat kuih ni tapi bila org tanya dia x mo bgtau..konon2 tu resepi utk dia bisnes..ni ler org melayu..kedekut ilmu...mak aku x pernah lokek dgn org2 klu ada yg bertanya cara2 nak buat kuih deram..mak aku terror buat kuih ni..aku aje yg x minat sbb jemu dr kecik asyik mkn kuih deram..kuih deram mak paling famous kat kg..

jumaat..aku g bando kluang..nk bayo bil..sblm g bando singgah khg barat..anto kuih kat umah ex housemate aku...adik dia nk kawen so bg ler buah tgn..dulu masa aku..arwah mak dia bg kuih lopes..mak aku balas kuih femes dia..kuih deram..
lama aku x jumpa mazni..hehehe..dia pun dh berisi sket dr dulu..abang adi maintain aje..lynn..aku jumpa dia thn lps kat shah alam..ogy dan oja..budak berdua ni last jumpa 4 ker 5 thn lps..hehehe..yg nk kawennyer si oja..skrg org felda x buat kenduri kat umah lg...buat kat dewan pulak...

kat bando pepagi lagi dah sesak..laki haku boring aje sbb jln jem..pas byr bil..kami g BP jap..jln2 buang masa..balik umah dah ptg..tapi puas blk kg kali ni sbb aku dpt mkn seme yg aku idamkan...takoyaki,buah nangka,kopi kluang..asam pedas sudah semestinyer...lengkali blk lg nak ke bp cari nasi beriani pulak.