Thursday, March 27, 2008
PERARAKAN ...
"UMI..umi..ada pengantin dpn umah kita"kata anakku...ingatkan pengantin cina sb dgr mcm bunyi gendang rupa-rupanyer..ada perarakan sempena maulidurrasul...tgk laa gambar murid sekolah rendah ni...segak dan cantik semuanyer..paling kelakar bunyi kompang yg terabur..org sini x reti main kompang
Sunday, March 23, 2008
hadis
Sabda Rasulullah s.a.w.
Elak neraka dapatkan syurga
DARI Abi Hurairah katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda katanya: Aku tidak nampak seperti neraka yang mana ramai orang yang tidur (alpa) dan tidak melarikan diri darinya begitu juga syurga yang mana ramai orang yang tidur (alpa) tidak mahu berusaha bersungguh-sungguh mencarinya.
(Riwayat Tarmizi )
Huraiannya:
Dalam hadis ini, Rasulullah mengingatkan umatnya supaya melarikan diri dari bahaya api neraka agar tidak membakar mereka sebaliknya berusaha mendapatkan syurga dan kenikmatannya. Tetapi yang menghairankan kata baginda ramai yang tidur dan alpa dari keduanya iaitu tidak
bersungguh-sungguh melarikan diri dari neraka dan tidur atau alpa tidak berusaha mendapatkannya.
Kesimpulannya:
Neraka negeri azab yang dituntut kita menjauhkan diri daripadanya manakala syurga pula adalah sebaliknya diminta kita berusaha mendapatkannya

orang baru
Saturday, March 15, 2008
cupcakes
ni artikel menarik utk dikongsi...pasal cupcakes...dah lama admire kat mereka yg terror buat cupcakes...insyallah satu hari nnt akan ku cuba jua..
Kek cawan
IA comel, berhias cantik dan memikat selera. Apa lagi jika bukan kek cawan atau kek mangkuk? Sejak kebelakangan ini, ia sudah menjadi satu hidangan popular atau trend terutama di kota atau bandar besar. Malah, setiap majlis tidak akan lengkap tanpa kehadiran kek-kek kecil yang juga dikenali dengan nama cuppies ini. Tetamu juga diberi kek cawan sebagai cenderahati untuk dibawa pulang.
Ramai suri rumah menceburi bidang perniagaan dengan membekalkan kek seumpama ini kepada jiran-jiran, sahabat-handai dan saudara-mara. Ia menjadi tumpuan di majlis hari jadi, pertunangan atau perkahwinan (sebagai hantaran). Terkini, ia menjadi satu kemestian di mana-mana majlis pelancaran produk terbaru syarikat korporat. Ini adalah kerana hiasan di atas kek boleh diubahsuai mengikut kehendak atau cita rasa pelanggan.
Ada beberapa saiz mangkuk kertas atau paper cups. Juga pelbagai corak dan warna. Apa yang paling penting adalah memastikan mangkuk kertas diletakkan ke dalam patty tins yang sama saiz. Dengan cara ini sahaja bentuk kek akan kekal cantik semasa dibakar. Ada juga mangkuk kertas yang sudah dibentukkan dengan kertas keras dan boleh dibakar begitu saja (tanpa perlukan patty tins).
Jangan isikan adunan sehingga tiga suku penuh kerana kek akan menjadi sama rata dengan tepi keliling bila sudah masak. Ini merugikan kerana anda perlu membuang bahagian atasnya untuk menyapu aising. Jadi, sebaik-baiknya timbang setiap adunan (di dalam mangkuk kertas) supaya sama banyak. Jika tidak, ada kek yang akan penuh dan ada yang kurang. Bila kurang, anda terpaksa gunakan lebih banyak aising.
Aising mentega yang digunakan di sini tidak manis. Ia tidak seperti aising mentega yang biasa. Rasanya yang lemak itu tidak menjemukan. Anda juga tidak perlu menggunakan gula aising yang banyak seperti membuat aising mentega yang popular (mentega campur gula aising). Jadi, lebih ramai orang yang akan gemarkan aising mentega susu. Aising atau krim ini sangat sesuai bagi menghias sebarang jenis kek.
Apakah 'krimwell'? Tekstur dan warnanya adalah seperti lemak sayuran (vegetable shortening). Sama seperti tekstur marjerin tetapi berwarna kuning pucat. Ia tidak perlu diletakkan di dalam peti sejuk dan selalu dijual di dalam bekas plastik lutsinar yang bertutup kemas. Krimwell juga dikenali sebagai creamwell dalam bahasa Inggeris. Salah satu jenama lain yang popular adalah marvello (sekitar awal 1990-an).
Krimwell yang agak keputih-putihan memudahkan aising diwarnakan. Anda boleh gunakan warna biasa atau esen di dalam botol. Hanya beberapa titik diperlukan. Bila membahagikan aising, pastikan secukupnya saja kerana anda boleh menambah lagi jika perlu. Sekiranya gemarkan aising yang manis, boleh tambahkan gula aising.
Jangan gunakan mentega tulen untuk membuat aising kerana ia mudah cair. Pilihlah mentega (susu) yang bercampur dengan sayuran (kelapa sawit). Ia lebih murah daripada mentega tulen dan baunya juga tidak sekuat atau seharum mentega tersebut.
Kekeliruan mungkin timbul dengan bahan Quick 75. Ia juga dikenali dengan nama ovalette. Diperbuat daripada sumber soya, Quick 75 atau Sponge Cake Emulsifier mampu menggebukan kek. Selain itu, pastikan telur bersaiz besar (Gred A) serta masih baru. Telur lama kehilangan faktor yang dapat membuat kek lebih ringan dan 'cair' di dalam mulut.
Paling penting untuk diingati adalah semasa membakar kek. Jangan atur kek dalam susunan bulat mengikut bentuk tin pembakar. Ini akan membuat kek di bahagian 'belakang' dan 'tepi' berdekatan dinding mengembang dengan cepat. Suhu di situ lebih panas. Adunan mungkin melimpah keluar dari mangkuk kertas dan ini merosakkan atau mencomotkan kek kerana ia akan melekat pada bahagian tepinya.
Susun mangkuk kertas dalam bentuk membulat atau gunakan tin pembakar bulat seperti tudung periuk. Elakkan menggunakan loyang kerana bahagian keliling yang tinggi melambatkan proses membakar. Selalu pusingkan bahagian belakang ke sebelah hadapan bila kek sudah separuh masak.
Jika mahu menggunakan kipas dalaman dan kepanasan atas dan bawah semasa membakar, turunkan suhu kepada 160 C-170 C. Ketepatan suhu bergantung pada ketuhar masing-masing, berapa lama digunakan dan jenama. Ketuhar yang lebih canggih dan mahal mempunyai kepanasan dalaman yang lebih sekata. Manakala ketuhar yang menggunakan gas kadangkala membuat kek berbau kurang enak.
Untuk mendapatkan corak yang diinginkan, lakarkan terlebih dulu di atas kertas. Tandakan warna-warna yang anda inginkan. Isikan ke dalam beg aising dengan nozzle yang sesuai. Misalnya, bentuk bintang pecah 5 atau 8, bentuk daun (yang boleh menjadi kelopak bunga matahari) atau bentuk bergerigi sebelah (yang boleh menjadi corak pada tepi bakul).
KEK CAWAN
Bahan-bahannya (Menghasilkan anggaran 25 biji kek cawan.)
250 gm mentega
230 gm gula kastor
2 camca teh Quick 75
4 biji telur Gred A
270 gm tepung serbaguna } diayak
1 camca teh serbuk penaik } diayak
60 gm susu pekat
2 camca besar susu segar/cair
1 camca teh vanila
Hiasan
Aising mentega susu biasa
Aising mentega oren/ungu
Mawar kecil (merah muda)
Parutan coklat
Cara membuatnya
1. Putar mentega, gula dan Quick 75 hingga gebu.
2. Masukkan sebiji demi sebiji telur, pukul sebati setiap kali.
3. Campurkan bahan ayak, kacau rata.
4. Bubuh susu pekat, susu cair dan vanila.
5. Bila sebati, timbang sebanyak 44 gm untuk setiap cawan kek (saiz sederhana).
6. Bakar pada 190 C selama 20-25 minit atau hingga masak.
7. Biar kek sejuk sebelum dihias ikut suka.
AISING MENTEGA SUSU
(Cukup untuk menghias
kek cawan di atas.)
Bahan-bahannya
125 gm mentega (bukan mentega tulen)
125 gm krimwell
100 gm susu pekat
20 gm gula aising, diayak
1/2 camca teh vanila
Pewarna oren, ungu, merah dll
Untuk aising coklat (dipukul sekali dalam langkah 1)
15 gm serbuk koko, diayak
1 camca besar susu cair
Cara membuatnya
1. Pukul semua bahan dengan pemutar elektrik.
2. Pastikan berhenti sekali-sekali dan kacau dengan spatula supaya semuanya sebati.
3. Bila kembang, pucat dan gebu, bahagikan mengikut warna yang dikehendaki.
4. Sapukan kek dengan aising, kemudian hiaskan mengikut cita rasa masing-masing.

Monday, March 10, 2008
pru12 dan cerita dari kg
tamat sudah demam pilihanraya yg melanda malaysia..sana sini org sibuk bercerita pasal kekalahan parti BN ..KEDAH,PENANG,PERAK,SELANGOR...negeri terbaru yg jatuh ke genggaman pembangkang..hahaha..nak gelak pun ada..kesian pun ada juga..ni satu pengajaran buat pemimpin2 BN..
cerita dr kg:
smlm sempat singgah umah cousin hubby...makan nasi minyak dia..TAHNIAH buat AS dan Hubby..semoga berkekalan hingga ke akhir hayat..
hari ni penat yg teramat..maklum laa br sampai dr kg mlm td..mengemas rumah x siap2..dah plan elok2 nak tinggal kat kg tetiba si dia berubah hati..x sanggup kene tinggal..(along laa tu)
nak masak gas pulak abis..ni gara2 gas bocor sblm balk kg aritu..nasib baik x meletops..bahaya nooo..

Thursday, March 6, 2008
dan cuti pun bermula...........
assalamualaikum......semoga kehidupan ini semakin ceria setiap detik ..hr ni my baby dah masuk 17+ minggu..hari tu g scan kat klinik k'jaan..ermm..x updated langsung peralatan scan kat klinik ni..x nampak pun my baby..sian kak uda..x pe laa nnt kita g klinik zahriah..scan lagi..kali ni umi amik gambar ekk...opss..hari ni juga dah bertambah setahun lagi umur aku..dpt wish dr sahabat baikku HANIM..terima kasih Nim..ko x pernah lupa hari jadi aku walaupun kita terpisah jauh..(bukan jauh sgt pun..5 jam aje dari sini ke Kluang..)..x kan aku lupa saat kita bersama dari zaman kanak2 sehingga dah beranak pinak..ahak2..minggu dpean aku wish ko pulak ekk..
Imbas kembali persahabatan kita..bermula ketika family kita berpindah dari kg masing2 ke sebuah felda di daerah Kluang..masih teringat pertama kita bersua..masing2 malu2 kucing..saling menjelirkan lidah antara satu sama lain..masa tu umah ayah aku x complete lagi..tingkap dan pintu pun x pasang lagi berbanding dgn umah ko yg complete tu..rumah acik yg paling cantik ..pokok bunga berderetan..sampai sekarang pun masih begitu juga..acik berdua mmg rajin..masih ingat lagi kala ko tunjuk pd aku pokok buah kuaci.hahahaha..tu bukan pokok buah kuaci laa ..itu benih labu yg acik semai tapi kene korek dgn ko semata2 nak tunjuk kat aku biji kuaci yg jadi kegemaran ko tatkala kita tunggu bas sekolah datang..
Indahnye detik2 kita bersama pada zaman kanak2 x mungkin aku lupakan...bersama jalan kaki ke sekolah dari tadika hingga tamat sekolah rendah..masa tu mana ada kes2 kidnap mcm sekarang..aman damai aje..mak2 kita kerja estet kat bt 9...sian kan..kita sama2 berpiknik atas pokok ubi gajah tepi umah ko tu .. bawa bekal pastu makan atas pokok ubi gajah tu..mesti mak2 kita tension dgn idea kita tu ekk..ingat tak..kita selalu jual ais krim malaysia yg kak roha buat..masa tu hanya umah staf2 felda dan kilang kelapa sawit aje yg ada generator besar..umah kita pakai pelita aje..time kenduri baru terang benderang..guna lampu pam...kita berlumba2 mengaji kat umah acik..time nak balik masing2 menjerit suruh mak2 kita buka pintu luas..penakut nyer kita masa tu..padahal bukan jauh sangat pun..sekarang xde lagi budak2 mengaji waktu malam mcm kita dulu..rumah acik pun dah sunyi sekarang..ye laa..anak2 dia hanya 2 orang..kak roha dah ikut suami menetap di BP..manakala Ijat pula ntah kat mana..maybe kl kot..
okay laa..nnt aku update lagi kisah kita..

Subscribe to:
Posts (Atom)