Sunday, March 23, 2008

hadis

Sabda Rasulullah s.a.w.

Elak neraka dapatkan syurga
DARI Abi Hurairah katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda katanya: Aku tidak nampak seperti neraka yang mana ramai orang yang tidur (alpa) dan tidak melarikan diri darinya begitu juga syurga yang mana ramai orang yang tidur (alpa) tidak mahu berusaha bersungguh-sungguh mencarinya.

(Riwayat Tarmizi )

Huraiannya:

Dalam hadis ini, Rasulullah mengingatkan umatnya supaya melarikan diri dari bahaya api neraka agar tidak membakar mereka sebaliknya berusaha mendapatkan syurga dan kenikmatannya. Tetapi yang menghairankan kata baginda ramai yang tidur dan alpa dari keduanya iaitu tidak

bersungguh-sungguh melarikan diri dari neraka dan tidur atau alpa tidak berusaha mendapatkannya.

Kesimpulannya:

Neraka negeri azab yang dituntut kita menjauhkan diri daripadanya manakala syurga pula adalah sebaliknya diminta kita berusaha mendapatkannya

No comments: