Tuesday, April 28, 2009

TIPS..DIDIK ANAK LAGI....jgn lupa praktikkan tau..



ni baru dpt kat email


50 RANGSANGAN MUDAH MENJADIKAN ANAK BIJAK

Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayimerupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA. Bercakap,menyanyi dan ketawa bersama-sama... jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar untukmemikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekaliapabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya).

50 aktiviti menarik(dan berdasarkan sains) yg disyorkan ini pasti membuahkan hasil.

1-BERTENTANG MATA-

Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anakmatanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalahyang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.

2-BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA

Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan diwajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayimemberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan danmengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.

3-JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN

Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannyaadalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggiIQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungandengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya..

4-JELIRKAN LIDAH

Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat menirupergerakan wajah yang mudah - ia menandakan kaedah penyelesaian masalah diawal usia.

5-HASILKAN BUKU BINATANG

Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannyauntuk dialbumkan. Kemudian, 'bacalah' buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.

6-GELETEKLAH BAYI ANDA

Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalamperkembangan humour bayi. Permainan seperti 'cak cekur' dan 'labah-labahpanjat perigi' dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yangbakal berlaku.

7-TUNJUKKAN PERBEZAAN

Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayianda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi adasedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada).Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti danmencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.

8-BERKONGSI PANDANGAN

Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat kebadan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. "Tengokanak kucing tu." atau "Besarkan pokok ni!" atau "Dengar tak bunyi bomba tu?" - untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaankata.

9-NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA

Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu andasendiri ("mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin...."). Mainkanlagu Beethoven atau Beatles... Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.

10-GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA

Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan ataupakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.

11-SENTUH DAN RASA

Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kaintuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut padapipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.

12-PERGI MEMBELI-BELAH

Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya.Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.

13-BERI KATA KUNCI

Jika anda berkata, "Mak nak buka lampu ni," sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.

14-BERI KEJUTAN

Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnyaperlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.

15-SEDIAKAN BANYAK TISU

Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen,anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.

16-BACA BUKUBerulangkali.

Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapatbelajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan. Ia dipercayai membantunya belajar bahasa.

17-MAIN CAK-CAK

Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.

18-JANGAN LUPA REHAT

Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantaibersama bayi anda - tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanyabiarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.

19-MAIN DENGAN WARNA

Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warnasewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruhpula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.

20-BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA

Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yangberbeza - termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisandaging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

21-ANGKATKAN SAHAJA

Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yangtinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun diamelakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti.Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besardi bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.

22-BIAR DIA MEMBEBEL

Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.

23-LATIHAN MENEKA

Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawahsalah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.

24-BINA LALUAN HALANGAN

Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atau permainan di atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi bagaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangantersebut.

25-IKUT RENTAKNYA
Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untukmelihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuatbunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.


26-BUAT MUKA LAWAK
Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja,poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah.Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anakkembali meneka.

27-RASA SEKELILING ANDA
Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkantangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil 'melabel' barangan tersebut.

28-CERITAKAN KISAH DONGENG
Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anaksupaya dia seronok.

29-BAYANGAN WAJAH
Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangkayang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akanmenyukainya bila bayi "yang lagi satu" senyum dan melambai padanya.

30-(KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS

Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satudaripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan,contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira - dan bolehberlatih menghafal nama warna.

31-GOYANGKAN BADAN
Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atauberpusing seperti ballerina.

32-JADILAH TAMAN PERMAINAN
Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak diatas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebihmenyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiranmenyelesaikan masalahnya.

33-KIRA SEMUANYA
Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.

34-GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA

Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan tanya anak anda segala jenissoalan daripada soalan abstrak ("adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?") sehinggalah ke soalan konkrit ("Pernah tak adik nampak kucing putih?")

35-TUTUP TV
Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang tidakdapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itumengajarnya.

36-TUKAR PEMANDANGAN

Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yang lain. Anda dapatmencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.

37-MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA

Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dalam kehidupan bayianda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar - dan anda sudah pun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya).

38-RAKAM VIDEO UNTUKNYA
Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video ituuntuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.

39.MAIN HUJAN
Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basahbersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satucara belajar tentang basah dan kering.

40-MENANGKAP SERANGGA
Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik,rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untukmencarinya.

41-BERGURAU-SENDA

Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakan "Ini Ibu." Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan 'gurauan' anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.

42-MAIN DENGAN PAKAIAN
Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembalitopi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok danbiarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.

43-AJAR TENTANG ISIPADU

Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkananak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkansehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besardan yang mana lebih kecil.

44-HASILKAN ALBUM KELUARGA

Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untukmembina memori anak anda.. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambarnenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.

45-SURUH ANAK MEMBUAT KERJA
Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikutwarna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.

46-PERGI KE PERPUSTAKAAN

Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.

47-CONTOHI CARA SESAME STREET

Khaskan satu minggu untuk satu abjad.. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf Adi halaman luar rumah dengan kapur.

48-MAIN BERULANG-ULANG

Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.

49-MAIN "TIRU-MENIRU"

Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda.Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.

50-BERCAKAP TENTANG PERASAAN

Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi.Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.Selamat mencuba!

Sunday, April 19, 2009

BALIK HARI????

hari jumaat lps kengkononnya nak buat edible garden tp ptg tu hubby aku ajak balik kg pulak...aku ni pantang dipelawa..ok aje..berdesup mengemas kain baju..mujur aku dh siap buat proses cleaning2 ni pg tu...ms hr khamis aku tanya ..nak blk ke tak..dia kata tak..alih2 tgh syok tgk tv dia ajak pulak blk kg..

bertolak dr sini pun dh lewat gak..plus berhenti2 kat highway..tiba kat umah mertua dh maghrib..pastu berpencak kat dapur..lps makan mlm..semua lepak kepenatan..

Lepas bekpes ..g umah kakak ipar..dia ajak ke BP coz isnin ni dia kursus sebulan kat IPTHO ..(bukan KUITHO tau..)..g BP ikut MUAR..syok gak sebab dah lama x lalu jalan ni..tgk pemandangan salah satu daerah di negeri ku yg terindah ni..hahahaha..sebenarnya sil aku tu x tau jalan nak menuju tpt kursus so dia ajak ler kami anak beranak ni menemani dia..bila dh sampai BP anak2 aku pun suka sgt sbb derang dah tau klu g BP mesti nak g K4..pastu along nampak signboard tulis AIR HITAM..memandai aje dia tuko jd blackwater...ni kes tgk citer cicakman2 ler tu..lps tgk tunjukkan tpt yg sil nak g nnt..kami pusing semula menuju ke k4...ermm...x masuk dlm k4 pun sbb masa terhad ..just jln2 kt ruang legar sambil mencuci mata...pastu g mkn2 then blk semula ke KU ikut Tongkang Pechah msk highway plus pulak..tiba KU dah pkl 2 ptg...rehat2 sekejap pastu blk umah mertua ..kemas barang2 then balik Paka pkl 1730hrs.

Otw balik aku dh berapa kali terlelap pastu buat terjaga2 ler konon ..kehkehkeh..bukan ape..klu siang tu blh gak aku tlg jd pilot..malam2 ni payah sket sbb aku rabun...itu pun aku asyik tanya hubby aku..dia ngantuk ke? padahal aku yg mengantuk sgt..bila ms keluar dr tol Jabor pun aku x sedor..sedor2 dh tiba Cherating ..itupun sbb kwn hubby call...tiba kat Impiana..jln jammed..ni klu x polis buat sekatan tentu accident..kan..betul tekaan aku..memula towing truck bawa van..kemek tang depan aje..pastu satu lg towing truck lalu ..kali ni kereta pulak remuk bhg depan..erkk...takutnya..jalan cherating-cendor ni lurus sket sbb tu pemandu2 suka racing tang sini..Nasib baik ler ms accident tu berlaku kami lum tiba sini...tiba umah tepat pukul 11 mlm..x dpt tgk AF...Xpe laa x dpt tgk..bukan menjejaskan ekonomi negara pun..bak kata Nabil..hahaha..

Disebabkan agenda kat kampung dah berubah...x jd ler aku ke pasar tani Gambir Hill..buat lintas hormat aje..hajat ati nak cari dodol..takpe ler...lengkali aje laa..huhuhu..bila tu?waaaa..pasni kene tunggu bln 7 br blh balik kg..lamanya....

Friday, April 17, 2009

edible garden.....lum siap lagi

aku nak buat edible garden kat blkg umah ni..biji2 benih aku dah beli cuma nak mencangkul tanah aje yg blm sempat aku buat..minggu lepas suami kesayangan aku dah meracun segala semak samun yg subur tu...nasib baik mati gak semak2 tu...x ler semak mana pun tp mata aku x leh nak tgk rumput2 yg semakin hari semakin subur tu..klu aku bior alamatnya jadi sarang ulor pulak.Petang smlm br tanam pokok kesum..ingatkan hari ni nak ler ajak org tu buat batas sayur alih2 dia kerja pulak..klu aku g belakang nnt sure askar2 aku nak ikut sama..kang kerja nak cepat jadi lambat pulak.


eiii...geramnya aku ngan laptop ni...huruf D mula mengong setiap kali aku taip mesti x keluar...kene tekan kuat2...dulu laptop yg 1st .. semua words ni kene kopek dgn anak sulung aku..abis rongak laptop tu..aku srh hantar servis xnak..akhirnya terkubur kat bawah katil tu..klu jual kat low yat sana tentu laku...hehehehe

Thursday, April 9, 2009

tsunami datang lagi???

bior betul nih...x dpt aku nak bygkan andainya benar2 berlaku...mana aku nak lari masa tu...waaaaaaaa...x sempat ler...jarak umah aku dgn laut china selatan bukan laa jauh sangat..sepelaung aje tu..hehehe..ni aku dpt dari email aje..bukan ape 2 pun just reminder aje...ntah2 bila tiba tarikh tu nnt ..aku sendiri x ingat pun..

==============================================================================


I just received this message from a colleague. I don't know the source of the message; I also don't know the credibility of the content, but just beware. Below is the content on the message: "Hello there. I just wanted 2 let you know that please stay away from the beaches all around in the month of July. There is a prediction that there will be another tsunami hitting on July 22nd. It is also when there will be sun eclipse. Predicted that it is going 2 be really bad and countries like Malaysia (Sabah & Sarawak), Singapore, Maldives, Australia, Mauritius, Si Lanka, India, Indonesia, Philippines are going 2 be badly hit. Please try and stay away from the beaches in July. Better 2 be safe than sorry. Please pass the word around. Please also pray for all beings."


Image Hosted by FileHive.com


korang tgk tu..yg bakal kene negeri2 area pantai timor malaysia...aku kat situ ler ..jeng..jeng..jeng..mana nak lari ni..sini bukan ada bukit pun...rata aje..anak aku br aje sethn..ya allah..jauhkan laa kami dari petaka buruk ni..aminn..