Thursday, February 19, 2009

target nak kurus...

hahaha..perasan betul aku ni...perasan nak kurus balik..kahkahkah..nape pulak?2 hari lps hubby aku bawa balik alat penimbang digital yg aku BERANGAN  nak beli..klu beli kat cosway 1 kupon + RM69 baru dpt ..ni free aje..sape x suka benda free of charge ni..org gile pun suka!..ari2 aku dok menimbang badan aku yg x slim2 ni..

hari pertama - 54.8kg

 hari ke 2        - 54.2 kg
 
hari ni              - 52.3 kg.

Ini yg buat aku bersemangat nak bersenam tiap2 pagi..wallaaaaaaaaa...syok nyer klu dpt slim semula ..x tahan aku tgk pipi aku yg gebu mcm pau .sekurang2nya..aku target nak slim jd 45kg..klu dpt slim mcm anak dara dulu lagi best ..huhuhu..berangan sampai ke situ pulak..anyway ada gak part2 kat body ni yg x boleh nak dislimkan semula..


Wednesday, February 18, 2009

SAMBUNGAN

soalan dan jawapan mengenai molar pregnancy

Doktor,
SAYA berumur 27 tahun. Pada Januari 2005, saya telah melahirkan bayi pertama melalui pembedahan kerana kecemasan disebabkan oleh bayi saya yang kurang bergerak dan jantungya lemah. Namun begitu, bayi saya hanya hidup selama sembilan jam sahaja dan Allah lebih menyayanginya. Pada mulanya, doktor mengatakan bahawa punca kematian bayi saya adalah disebabkan oleh talesemia. Tetapi selepas doktor membuat ujian darah, ternyata kematian bayi saya berpunca daripada lemas dan sudah memakan najis. Selepas dua minggu bersalin, saya mengalami pendarahan yang banyak. Darah keluar berketul-ketul. Kerana kurang pengetahuan, saya ingatkan ia adalah pendarahan biasa sahaja. Sehinggalah 40 hari, saya kembali ke hospital untuk temujanji. Skan telah dilakukan dan doktor mengatakan ada satu ketumbuhan di dalam rahim saya sebesar buah limau. Pada mulanya doktor ingin melakukan pembedahan ke atas saya. Namun begitu setelah doktor melakukan pemeriksaan lanjut, doktor mengatakan yang di dalam rahim saya itu hanyalah segumpal darah. Oleh kerana itu saya hanya menjalani proses pendilatan dan pengkuretan (D&C). Sampel tisu dari rahim saya telah diambil dan disahkan mengandungi sel-sel kanser. Doktor mengatakan bahawa, saya menghidap ketumbuhan placenta site tumor yang jarang-jarang terjadi. Selepas itu, saya menjalani kemoterapi selama enam pusingan. Haid saya teratur. Saya ingin tahu, bolehkah saya mengandung lagi dan bilakah masa paling sesuai? Adakah perkara yang sama akan berulang sekiranya saya mengandung lagi? Sebenarnya saya trauma untuk mengandung lagi kerana takut perkara yang sama berulang. Namun begitu saya terlalu inginkan cahaya mata sendiri. Saya harap doktor dapat memberikan pandangan dan nasihat. Saya selalu cuba mencari maklumat tentang penyakit ini malangnya terlalu sedikit yang saya temui. Terima kasih.

Jawapan
Sebelum saya mulakan, terlebih dahulu takziah di atas pemergian cahaya mata puan. Memang sukar untuk menerima tragedi yang seperti puan alami sekarang ini.

Sebelum kita pergi lebih jauh lagi, ada baiknya jika saya menyentuh sedikit mengenai Gestational Trophoblastic Disease (Penyakit Trofoblastik kehamilan/GTD).
GTD bermula daripada sel-sel yang mengelilingi embrio (trofoblas). Sel-sel ini akan membesar dan berubah menjadi plasenta untuk melindungi serta membekalkan makanan kepada janin.
Terdapat empat jenis GTD:
1. Hydatidiform mole/kehamilan molar/mengandung anggur
2. Mol invasif/berterusan
3. Koriokarsinoma
4. Placental site trophoblastic tumor (PSTT)
Kesemua jenis GTD ini boleh dirawat dan penghidap mempunyai peluang untuk sembuh sepenuhnya.

Hanya kehamilan molar merupakan jenis kanser yang tidak ganas (benigna), tidak seperti jenis- jenis lain yang merupakan kanser yang ganas dan menular atau merebak dengan cepat.
Hydatidiform mole/kehamilan molar/mengandung anggur.
Jenis ini paling banyak berlaku dalam lingkungan 10:1,000 kandungan. Disebabkan rupa bentuknya yang bergugus-gugus seperti buah anggur, ia dinamakan mengandung anggur.
Kehamilan molar terdiri daripada dua jenis:
* Complete Mole (mol sepenuhnya) berlaku apabila sperma mensenyawakan telur yang kosong dan ia hanya mengandungi sel-sel molar sahaja.
* Partial Mole (mol separuh) berlaku apabila dua sperma mensenyawakan satu telur yang normal dan biasanya terdapat janin bersama-sama dengan sel-sel molar. Janin- janin ini selalunya meninggal di dalam kandungan.

Mol invasif/berterusan berlaku apabila kehamilan molar menembusi dinding rahim. Risikonya 20 peratus kepada wanita yang mengalami mol penuh yang dikeluarkan secara kuretaj (D&C).Jika tumor membesar dengan agresif, ia boleh menembusi dinding rahim dengan cepat sehingga berlubang menyebabkan perdarahan yang banyak. Selalunya, mol invasif memerlukan seseorang itu menjalani proses kemoterapi.Terdapat juga kes-kes di mana tumor ini merebak melalui darah ke organ-organ lain terutamanya paru-paru. Risiko berlakunya mol invasif adalah dalam lingkungan 1:15,000 kandungan.

Koriokarsinom-Merupakan jenis GTD yang ganas (malignan).
Selalunya bermula daripada mol penuh, tetapi boleh berlaku selepas keguguran ataupun selepas kelahiran anak yang biasa. Risiko berlakunya koriokarsinoma berada dalam nisbah 1:20,000 kandungan.PSTTJenis GTD yang amat jarang ditemui, berlaku di tapak uri yang melekat di rahim. Selalunya ia berlaku selepas kelahiran biasa ataupun selepas keguguran. Hampir kesemua jenis GTD amat sensitif kepada kemoterapi, tetapi tidak bagi PSTT. Oleh itu, hampir kesemua PSTT memerlukan histerektomi.

Faktor risiko GTD?
Faktor risiko merupakan apa sahaja yang menambahkan risiko seseorang itu mendapat sesuatu penyakit. Contohnya, jangkitan Human Papilloma Virus (Virus Papiloma Manusia/HPV) merupakan faktor risiko untuk kanser serviks. Merokok juga merupakan faktor risiko untuk kanser paru-paru, mulut, larinks, pundi kencing dan lain-lain. Tetapi, ia tidak bermakna jika anda mempunyai beberapa faktor risiko di atas akan menyebabkan anda mesti/akan mendapat penyakit tersebut.

1. Umur - Risiko untuk kehamilan molar lebih tinggi kepada wanita berumur lebih 40 tahun ataupun kurang dari 20 tahun.

2. Turutan kandungan - Wanita yang mengandung kali pertama mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding wanita yang pernah mengandung dan melahirkan.

3. Pernah mengalami kehamilan molar. Risikonya bertambah kepada 1:60.

4. Jenis darah: Wanita yang mempunyai darah jenis A atau AB lebih berisiko berbanding dengan darah jenis B atau O.

Bolehkah GTD dikesan awal?
Memang boleh, khususnya apabila wanita hamil mula menunjukkan sesuatu yang luar biasa di awal kehamilan seperti:

1. Perdarahan faraj. Tidak semua perdarahan faraj itu disebabkan oleh kehamilan molar. Selalunya imbasan ultrasound akan dilakukan dan keadaan sebenar kandungan dapat dipastikan dengan serta merta.

2. Anemia.

3. Perut yang terlalu cepat membesar, tidak sesuai dengan usia kandungan.

4. Muntah yang keterlaluan.

5. Praeklampsia/darah tinggi semasa mengandung. Biasanya ia berlaku pada trimester ketiga kandungan. Namun begitu, ia boleh juga berlaku semasa trimester pertama ataupun kedua, ketika seseorang itu mengalami kehamilan molar.

6. Hipertiroidism. Hormon tiroid akan bertambah apabila seseorang wanita itu mengandung tetapi ia bertambah berlipat kali ganda semasa kehamilan molar. Menyebabkan jantung berdebar-debar, kepanasan dan tubuh badan menggigil.

7. Apabila tumor itu merebak ke organ- organ lain, simptomnya lebih spesifik. Contohnya, kesan rebakan ke paru-paru menyebabkan batuk, sakit dada, batuk berdarah ataupun sesak nafas. DiagnosisBerdasarkan simptom-simptom di atas, ujian imbasan ultrasound akan dijalankan selain ujian darah HCG. Tisu-tisu molar ini akan merembeskan hormon HCG, airnya akan digunakan untuk diagnosis, pemantauan penyakit tersebut dan juga sebagai salah satu indikator untuk mempastikan seseorang itu telah benar-benar sembuh dari penyakit tersebut.

Rawatan Setiap jenis penyakit GTD memerlukan perawatan yang berbeza.
Bagi pesakit kehamilan molar, memadailah hanya dengan kaedah D&C. Selepas itu, pesakit perlu menjalani rawatan susulan untuk mengesan sama ada penyakit ini sudah sembuh ataupun bertukar menjadi mol invasif ataupun koriokarsinoma. Setiap kali rawatan susulan, puan perlu melakukan pemeriksaan darah HCG setiap minggu sehinggalah ia menunjukkan hasil yang negatif sebanyak tiga kali. Rawatan kemudian dilambatkan kepada setiap bulan selama dua tahun.
Semasa tempoh rawatan, pesakit dinasihatkan agar tidak mengandung kerana ia akan menyukarkan diagnosis andainya kehamilan molar bertukar kepada bentuk yang lebih ganas.
Perlu diingatkan, kandungan yang normal juga merembeskan hormon HCG serupa.

Penyakit GTD yang lain memerlukan rawatan kemoterapi yang berterusan, bergantung kadar susutnya hormon HCG puan. Selepas HCG menjadi negatif, kemoterapi ditambah tiga kali lagi. Sekiranya puan mahu mencuba untuk mendapatkan zuriat lagi, sebaik-baiknya menunggu sehingga setahun selepas kemoterapi yang terakhir sebelum mencuba lagi. Selepas berhasil, dapatkan rawatan dengan segera dan jangan lupa membuat imbasan ultrasound. Selepas melahirkan, jangan lupa membuat ujian HCG selepas enam minggu.Saya harap penjelasan ini memuaskan hati puan. Jangan lupa menyimpan segala rekod perubatan puan dan membawanya ke mana sahaja puan menginap.Mungkin akan datang, puan berpindah tempat, sekurang-kurangnya di tempat baru, para doktor dan jururawat akan lebih memahami masalah puan dan dapat memberikan rawatan yang sepatutnya. -

Jawapan disediakan oleh Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru, Johor, Dr. Noor Aini Sa'ari.

BAHAYA KANDUNGAN ANGGUR

Bahaya kandungan anggur
Oleh Dr. Suraya Arshad A.M.ZPakar Perunding Obatetrik & Ginekologi


MUNGKIN tidak ramai wanita yang tahu apa itu kandungan anggur atau molar pregnancy. Bagi yang tidak tahu mungkin mereka akan mengatakan ia tidak wujud. Ia dipanggil kandungan anggur kerana kandungan tersebut kelihatan seperti gugusan buah anggur.Insiden sebenar kandungan anggur tidak di ketahui. Tetapi kes-kesnya dipercayai lebih tinggi di Asia berbanding Eropah. Contohnya, kadar kandungan anggur di United Kingdom dan Amerika Syarikat ialah antara 1:2000 kandungan sehingga 1:1000 kandungan.Berbanding di Filipina, di negara itu insidennya ialah 1:200 hingga 1:150 bagi setiap kehamilan.

Kandungan anggur ini sering terjadi di kalangan wanita yang hamil pada usia kurang 20 tahun dan 45 tahun ke atas.Mungkinkah ia berlaku kerana wanita Asia mempunyai kadar kelahiran yang lebih tinggi berbanding wanita kulit putih?Atau mungkinkah wanita Asia biasanya akan memulakan hidup berkeluarga pada usia yang jauh lebih muda dan terus melahirkan anak sehingga usia meningkat.Atau apakah faktor pemakanan juga memainkan peranan?

Ini adalah sebahagian daripada pandangan para penyelidik tentang kandungan anggur.
Jenis kandungan anggur-
Complete hydatiform mole Jenis ini terjadi akibat persenyawaan berlaku antara benih lelaki (sperm) dengan benih wanita (ovum) yang kosong iaitu ovum yang tiada nucleus. Akibatnya cuma kromosom sperma yang akan berganda. Corak kromosomnya ialah 46XX iaitu kesemuanya berasal dari benih lelaki. Ini adalah jenis kandungan molar yang selalu terjadi-

Partial mole
Jenis ini jarang berlaku. Tisu embrio atau tisu janin akan kelihatan pada jenis ini. Ia juga berasal dari benih lelaki sahaja. Janin yang terbentuk biasanya akan mati apabila mencecah usia 10 minggu. Jarang janin ini menjangkau sehingga usia matang. Sekalipun ia hidup, biasanya bayi itu akan mempunyai pelbagai kecacatan (multiple anomalies).

Tisu kandungan molar sememangnya kelihatan seperti gugusan buah anggur kerana tisu janin iaitu chorionic villi dan trophoblast telah menjadi hyperplastic.

Mengesan kandungan anggur
Biasanya doktor akan mengesyaki wanita itu mengandung kandungan molar jika wanita tersebut mempunyai gejala atau komplikasi seperti:-
-Saiz rahim lebih besar dari usia kandungan-
-Alahan yang teruk (Hyperemesis Gravidarum)
- Pendarahan faraj.
Ia merupakan gejala yang sering terjadi sehingga 90 peratus.Biasanya pendarahan yang bermula akan terus berdarah. Ini ialah tanda yang menunjukkan kandungan anggur tersebut akan mula gugur. Dalam keadaan ini, jika tiada tindakan cepat wanita itu akan kehilangan banyak darah dan mungkin akan membawa maut-
-Pre eklampsia.
Tekanan darah boleh jadi terlalu tinggi. Jika tidak dikawal boleh mengakibatkan sawan atau eklampsia. Komplikasi ini juga berbahaya.-
- Hipertiroidism.
Adakalanya wanita boleh mengalami gejala seperti penyakit thyrotxicosis iaitu keadaan di mana kelenjar thyroid menjadi hiperaktif. Mengapa keadaan ini boleh terjadi tidak begitu di ketahui. Ada yang berpendapat paras hormon B HCG (beta human chorionic gonadotrophin) yang terlalu tinggi pada wanita yang mengandung kandungan molar boleh merangsangkan kelenjar tiroid. Jika komplikasi ini berlaku maka keadaan hipertiroid harus dikawal sebelum rawatan diberi.
- Pulmonari emboli.
Ini juga merupakan satu situasi dan komplikasi berbahaya yang boleh menyebabkan kematian.Disebabkan gejala seperti alahan dan pendarahan juga boleh berlaku pada wanita yang mengandung normal, satu cara yang mudah dan cepat bagi doktor untuk membezakan kandungan normal atau tidak ialah melalui pemeriksaan ultrasound. Pada masa kini pemeriksaan ultrasound mudah didapati dan tidak invasif. Ia merupakan pemeriksaan rutin yang dilakukan kepada semua ibu mengandung. Dalam kandungan molar, struktur janin (fetus) tidak kelihatan melalui pemeriksaan ultrasound. Apa yang dilihat cuma snow storm appearance. Selain itu, pemeriksaan X-ray juga boleh dilakukan. Pemeriksaan darah untuk hormon B HCG juga perlu dibuat.Biasanya paras hormon tersebut jauh lebih tinggi bagi wanita yang mengandung kandungan anggur.

RawatanRawatan yang perlu dilakukan ialah mengeluarkan kandungan anggur tersebut seboleh-bolehnya sebelum pendarahan atau keguguran berlaku.
Kaedah yang biasa dilakukan ialah suction & currettage. Dalam kes-kes tertentu adakalanya prosedur tersebut terpaksa diulang akibat pengeluaran kandungan molar tidak dikeluarkan sepenuhnya.

Bagaimanapun, rawatan bukanlah berakhir setakat itu sahaja. Apa yang amat ditakuti ialah kandungan anggur boleh menyebabkan kanser choriocarcinoma. Hampir 20 peratus daripada kandungan molar boleh menyebabkan kanser tersebut.Namun, ini tidak bermakna wanita yang mengandung kandungan normal, mengalami keguguran atau kandungan luar rahim terkecuali daripada kanser tersebut.

Risiko kanser ini adalah lebih tinggi selepas kandungan molar.
Sehubungan itu, wanita yang telah menjalani rawatan suction & curettage biasanya akan menerima rawatan susulan selama dua tahun atau lebih. Ujian seperti X-ray dada dan pemeriksaan darah akan dilakukan selain pemantauan paras hormon B HCG. Pada peringkat pemulaan, paras hormon akan dipantau setiap dua minggu sehingga paras hormon turun.Pemantauan selanjutnya akan dilakukan setiap tiga bulan dan enam bulan seterusnya. Paras hormon B HCG akan menurun selepas kandungan molar dikeluarkan dalam tempoh antara 12 hingga 14 minggu.Jika paras hormon menjadi lebih tinggi, tidak berubah atau mengambil masa yang lama untuk hilang, ini menunjukkan berkemungkinan tanda-tanda kanser akan timbul. Rawatan kemoterapi akan dimulakan untuk mengelakkan kanser terjadi.

Berbanding dengan jenis kanser lain, peluang untuk kanser ini sembuh adalah 100 peratus. Disebabkan pengesanan awal, rawatan yang cepat dan disusuli dengan rawatan susulan, bilangan kes-kes kanser choriocarcinima jarang dikesan.Oleh kerana kandungan molar boleh terjadi pada setiap wanita yang mengandung, ada baiknya juga kita tahu tentang kandungan yang tidak normal seperti kandungan molar agar rawatan dan kepentingan rawatan susulan dapat difahami bersama.

Sunday, February 15, 2009

Berita sedih

Tghari semlm aku dpt call ..kat hp tulis private no..aku beri salam..dia balas..pastu aku tanya 'sape ni'...'sy nik'...nik???...aku cuma ada sorg kwn nama bermula dgn Nik...Nik Kartini Bt Mohammed...org kelantan tp made in johor..dia ni kejap tenggelam kejap timbul..pernah lost contact dekat 5-6 tahun gak lps dia dan aku berenti kerja kat MMF SHPG & FWDG dulu..Pernah satu ketika..dia call aku ..ntah dr mana dia dpt no.hp aku ni..aku pun x tau..tp sekurang-kurangnye dia berusaha gak nak cari aku bukan mcm aku ..yg cuma ingat aje tp x usaha nk call..opss...aku pernah tanya abg zaman no.tepon family nik kat mersing tp xde jawapan pun..

Citer dia smlm amatlah mendukacitakan ...aku tanya dia sihat tak?jawab dia..'sy tgh buat kimoterapi sekarang'..haaa...terkezzutt lagi aku!..ye laa klu dah sebut perkataan "kimo" tu tentulah berkait rapat dgn kanser.Dia kene kanser paru2..dah teruk gak..punca dpt detect bila dia keguguran akibat molar pregnancy.Tak sangka pulak aku gini pulak nasib dia..kesian..baru nak mengecap bahagia tp dugaan lain pula yg melanda..Masih Ingat kali pertama aku lihat dia..pd pandangan mata aku..dia cantik persis SHASHA ELIT..mmg sebijik laa muka dia..pastu jumpa kali ke 2 dia dh kawen..ms tu badan dia besau sbb br lps bersalin..dia minta kerja kat MMF dan dapat jd kerani akaun..teringat masa dia berusaha utk kembali slim..and she did it!..dia kerja x lama ..2 thn aje sbb ex hubby dia ajak blk kg..sian dia..ayah dia berharap dia g amik test utk masuk maktab tp ex-hubby dia x izinkan..ni laa nasib kawen dgn org sengal x de otak..ada bini cerdik tp jeles tahap cipan..(aku pulak yg emo..)..untuk kawanku Nik Kartini ..semoga cepat sembuh..Insyallah klu ada kesempatan ke pasir gudang ..aku akan cari dia...

Lepas selesai borak dgn dia..aku call ex boss aku...cpt tol aku menyebarkan berita ni tp klu aku x bgtau nnt lg aku rasa bersalah klu ape2 terjd kat Nik..aku citer kat Kak Aida yg Nik skrg sdg bertarung nyawa melawan kanser..harap2 Kak Aida yg dekat dgn Nik dpt g jenguk dia..Pastu bercerita ttg kwn2 lama & tersebut nama sorg kwn..Aku kenal org ni sbb dia dulu selalu hntr housemate aku balik kerja..lagipun dulu aku selalu deal dgn dia klu nak booking kontena..x sangka lps berkwn sekian lama.. derang pula berkahwin..Alhamdulillah .


Blk dr Mesra Mall ..aku dpt call dr Kak Aida..dia kata kwn aku tu dh xde..huhuhu....ye laa yg sakit org lain..yg g dulu org yg x di sangka-sangka....semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yg beriman.Al Fatihah buat En.Hasan ...Buat Kak Mas..semoga tabah menghadapi liku2 kehidupan ini..

Ok...penerbit MHI tu dah reply email aku..x sangka aku dia nak reply email aku ni..hehehe..ape pun syukur Alhamdulilah..korang boleh tgk link ni ekk..aku nak kumpul duit dulu nak beli cd ni..

http://www.anakbestari.com/

Thursday, February 12, 2009

tips mendidik anak pintar

salam semua...pagi td sambil mengemas2 aku 'ter'tengok MHI...tp sayangnyer aku terlupa pulak nak catat blog penceramah tu...ada yg kene hantar email kat penerbit MHI kat tb3 ni...hehehe..kisahnye yg menarik perhatian aku ialah tips2 utk memotivasikan anak2 dan diri kita sendiri...mmg sgt menarik hingga aku beria-ia menggoole nama DR NASUHA tapi jumpa lgi....bukan ape semakin anak membesar semakin banyak pulak cabaran-cabarannya..aduhai! mampukah aku mendidik anak2 aku ni jd INSAN???..

smlm aku berbalas sms dgn kwn baik aku sejak kecik....dia kata skrg dia dh kene sakit darah tinggi..erkkk....takut pulak aku dgr.Umur kami sebaya malah besday aku dgn dia pun selang seminggu aje..tp dia kawen dulu dr aku..hahahaha..kata dia lg..semakin anak2 besar ,penyakit nervous dia semakin menjadi2..huhhuhu...aku rasa kwn aku ni stress kot..aku pun selalu stress dgn kerenah anak2 apatah lg dia yg dh ada anak dara sunti/teruna..

ni antara tips utk anak menjadi pintar...
**Artikel dipetik dari laman blog Pegawai Khas Maklumat PPD Kulai

Ramai ibu bapa selalu lupa untuk menasihati anak-anak ketika anak sedang tidur.

Ini ada satu petua dari ibu saya

1.setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.

2.membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali

3.bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

4.apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

5.ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.

Cubalah petua itu dan insya allah kesannya akan anda dapat lihat sendiri.

Selamat mencuba......


ini pulak dari kwn cyber aku en.muor76
ni nasihat orang kepade aku...

untuk membine otak.. buat latihan metamatik bebanyak..
bile buat latihan metamatik ia akan membuatkan otak kite berpikir ngan cepat/rasional/mempunyai logik yang tinggi.. dan insyaallah akan membantu dalam mempelajari perkare-perkare yang lain...

sekirenya seorang pompuan itu mengandung.. selalu ler buat latihan matematik untuk membantu otak bayi berkembang...

kalo bebudak/anak... bior ler ia membesar dengan care bebudak... kite guide ler dengan sepatutnye... kalo budak/anak tersebut tak membesor sebagai budak-budak...(maksud aku semua dah terror ikot perangai/berpikiran cam org dewase-ramai mak bapak nak cam nih) mungkin akan ade sedikit kenangan sahaje yg akan kite ingati bile budak tu dah besor
..


p/s..gambo2 xde lg sebab laptop aku tgh mc..pc ni pulak space dah limited gara2 si bujang aku yg asyik donlod game x sudah2...

* klu aku jumpa blog dr nasuha tu aku update kat sini ekk..*