Wednesday, February 18, 2009

BAHAYA KANDUNGAN ANGGUR

Bahaya kandungan anggur
Oleh Dr. Suraya Arshad A.M.ZPakar Perunding Obatetrik & Ginekologi


MUNGKIN tidak ramai wanita yang tahu apa itu kandungan anggur atau molar pregnancy. Bagi yang tidak tahu mungkin mereka akan mengatakan ia tidak wujud. Ia dipanggil kandungan anggur kerana kandungan tersebut kelihatan seperti gugusan buah anggur.Insiden sebenar kandungan anggur tidak di ketahui. Tetapi kes-kesnya dipercayai lebih tinggi di Asia berbanding Eropah. Contohnya, kadar kandungan anggur di United Kingdom dan Amerika Syarikat ialah antara 1:2000 kandungan sehingga 1:1000 kandungan.Berbanding di Filipina, di negara itu insidennya ialah 1:200 hingga 1:150 bagi setiap kehamilan.

Kandungan anggur ini sering terjadi di kalangan wanita yang hamil pada usia kurang 20 tahun dan 45 tahun ke atas.Mungkinkah ia berlaku kerana wanita Asia mempunyai kadar kelahiran yang lebih tinggi berbanding wanita kulit putih?Atau mungkinkah wanita Asia biasanya akan memulakan hidup berkeluarga pada usia yang jauh lebih muda dan terus melahirkan anak sehingga usia meningkat.Atau apakah faktor pemakanan juga memainkan peranan?

Ini adalah sebahagian daripada pandangan para penyelidik tentang kandungan anggur.
Jenis kandungan anggur-
Complete hydatiform mole Jenis ini terjadi akibat persenyawaan berlaku antara benih lelaki (sperm) dengan benih wanita (ovum) yang kosong iaitu ovum yang tiada nucleus. Akibatnya cuma kromosom sperma yang akan berganda. Corak kromosomnya ialah 46XX iaitu kesemuanya berasal dari benih lelaki. Ini adalah jenis kandungan molar yang selalu terjadi-

Partial mole
Jenis ini jarang berlaku. Tisu embrio atau tisu janin akan kelihatan pada jenis ini. Ia juga berasal dari benih lelaki sahaja. Janin yang terbentuk biasanya akan mati apabila mencecah usia 10 minggu. Jarang janin ini menjangkau sehingga usia matang. Sekalipun ia hidup, biasanya bayi itu akan mempunyai pelbagai kecacatan (multiple anomalies).

Tisu kandungan molar sememangnya kelihatan seperti gugusan buah anggur kerana tisu janin iaitu chorionic villi dan trophoblast telah menjadi hyperplastic.

Mengesan kandungan anggur
Biasanya doktor akan mengesyaki wanita itu mengandung kandungan molar jika wanita tersebut mempunyai gejala atau komplikasi seperti:-
-Saiz rahim lebih besar dari usia kandungan-
-Alahan yang teruk (Hyperemesis Gravidarum)
- Pendarahan faraj.
Ia merupakan gejala yang sering terjadi sehingga 90 peratus.Biasanya pendarahan yang bermula akan terus berdarah. Ini ialah tanda yang menunjukkan kandungan anggur tersebut akan mula gugur. Dalam keadaan ini, jika tiada tindakan cepat wanita itu akan kehilangan banyak darah dan mungkin akan membawa maut-
-Pre eklampsia.
Tekanan darah boleh jadi terlalu tinggi. Jika tidak dikawal boleh mengakibatkan sawan atau eklampsia. Komplikasi ini juga berbahaya.-
- Hipertiroidism.
Adakalanya wanita boleh mengalami gejala seperti penyakit thyrotxicosis iaitu keadaan di mana kelenjar thyroid menjadi hiperaktif. Mengapa keadaan ini boleh terjadi tidak begitu di ketahui. Ada yang berpendapat paras hormon B HCG (beta human chorionic gonadotrophin) yang terlalu tinggi pada wanita yang mengandung kandungan molar boleh merangsangkan kelenjar tiroid. Jika komplikasi ini berlaku maka keadaan hipertiroid harus dikawal sebelum rawatan diberi.
- Pulmonari emboli.
Ini juga merupakan satu situasi dan komplikasi berbahaya yang boleh menyebabkan kematian.Disebabkan gejala seperti alahan dan pendarahan juga boleh berlaku pada wanita yang mengandung normal, satu cara yang mudah dan cepat bagi doktor untuk membezakan kandungan normal atau tidak ialah melalui pemeriksaan ultrasound. Pada masa kini pemeriksaan ultrasound mudah didapati dan tidak invasif. Ia merupakan pemeriksaan rutin yang dilakukan kepada semua ibu mengandung. Dalam kandungan molar, struktur janin (fetus) tidak kelihatan melalui pemeriksaan ultrasound. Apa yang dilihat cuma snow storm appearance. Selain itu, pemeriksaan X-ray juga boleh dilakukan. Pemeriksaan darah untuk hormon B HCG juga perlu dibuat.Biasanya paras hormon tersebut jauh lebih tinggi bagi wanita yang mengandung kandungan anggur.

RawatanRawatan yang perlu dilakukan ialah mengeluarkan kandungan anggur tersebut seboleh-bolehnya sebelum pendarahan atau keguguran berlaku.
Kaedah yang biasa dilakukan ialah suction & currettage. Dalam kes-kes tertentu adakalanya prosedur tersebut terpaksa diulang akibat pengeluaran kandungan molar tidak dikeluarkan sepenuhnya.

Bagaimanapun, rawatan bukanlah berakhir setakat itu sahaja. Apa yang amat ditakuti ialah kandungan anggur boleh menyebabkan kanser choriocarcinoma. Hampir 20 peratus daripada kandungan molar boleh menyebabkan kanser tersebut.Namun, ini tidak bermakna wanita yang mengandung kandungan normal, mengalami keguguran atau kandungan luar rahim terkecuali daripada kanser tersebut.

Risiko kanser ini adalah lebih tinggi selepas kandungan molar.
Sehubungan itu, wanita yang telah menjalani rawatan suction & curettage biasanya akan menerima rawatan susulan selama dua tahun atau lebih. Ujian seperti X-ray dada dan pemeriksaan darah akan dilakukan selain pemantauan paras hormon B HCG. Pada peringkat pemulaan, paras hormon akan dipantau setiap dua minggu sehingga paras hormon turun.Pemantauan selanjutnya akan dilakukan setiap tiga bulan dan enam bulan seterusnya. Paras hormon B HCG akan menurun selepas kandungan molar dikeluarkan dalam tempoh antara 12 hingga 14 minggu.Jika paras hormon menjadi lebih tinggi, tidak berubah atau mengambil masa yang lama untuk hilang, ini menunjukkan berkemungkinan tanda-tanda kanser akan timbul. Rawatan kemoterapi akan dimulakan untuk mengelakkan kanser terjadi.

Berbanding dengan jenis kanser lain, peluang untuk kanser ini sembuh adalah 100 peratus. Disebabkan pengesanan awal, rawatan yang cepat dan disusuli dengan rawatan susulan, bilangan kes-kes kanser choriocarcinima jarang dikesan.Oleh kerana kandungan molar boleh terjadi pada setiap wanita yang mengandung, ada baiknya juga kita tahu tentang kandungan yang tidak normal seperti kandungan molar agar rawatan dan kepentingan rawatan susulan dapat difahami bersama.

55 comments:

muor76 said...

ooo nih dia kandungan anggur.. mase aku kekecik aku pernah dengor jiran aku.. ngandung cam nih.. mak aku cakap dia ngandung takde baby.. cam telor bebanyak

happiestmummy said...

bahaya rupenyer molar pregnancy ni...ms kecik2 pun mak kwn aku kene kes mcm ni tp xde ler jd kanser malah anak dia berbelas lg..sian kwn aku tu...umur dia aku rasa baya2 ko aje....ni wife ko tgh pregnant..jaga dia betul2..

Wan Organic said...

salam, thanks 4 the sharing...
saya sedang mengandungkan kandungan molar.usia kandungan 12 minggu..setelah seminggu lebih bleeding baru saya dapat tau keadaan ini...takut pun ada..harap2 tidak di tumbuhi kanser lepas ni..
saya akan menjalankan D&C secepat mungkin..selepas D&C apa ye yg patut saya buat?

mrs said...

sy pregnant n doc ckp ade kandungan anggur..nk wat cane ek?ade doc ckp xbhaye..ade ckp bhaye..tkt gak..coz ni bby 1st..

rusazlina said...

salam, saya pun molar pregnancy gak... tp alhamdulillah tak kena kemo... jangan risau ikut jer kata doktor... skrg BHCG dah <2.0... alhamdulillah 2 - 3 bulan lagi dibenarkan mengandung... skrg ni kena sabar dulu...

watie said...

saya tengah mengandung.tapi doktor belum pastikan sama ada kandungan saya kandungan anggur@x.tapi dah dekat 3minggu keluar darah.doktor suruh tunggu lg 2minggu utk scan.kalau masih x ada janin dalam kantung,maknanya itu kandungan anggur.kena buat d&c.harap2 semuanya berjalan dgn lancar.kalau ditakdirkan x ada janin,saya reda.dan saya akan berusaha utk mengandung sekali lagi.doakannya....

Norhamizah Wahida said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

ramai rupanya yang mengalami masalah yang sama seperti saya..rasa lega sikit..sy pon mengalami molar pregnancy dan dijangka untuk buat rawatan dlm minggu ni juga..baru smlm dpt tahu..rase sedih juga tp saya redha atas ketentuanNya..

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Sy pn mngandg aggur,kl ptama sy miscarriage,kali k2 kn molar prgncy plak huhu mmg sedey sgt2..sy bt suction pd 27/9/2012 n skg follow amik darah evry 2 weeks,quite worry coz last result shows my BHCG naik dr 123 to 235..doc gtau nk tgk result akn dtg,kl trs naik myb sy akn d br rawatn susulan coz doc tkt molar tisu akn merebak k seluruh tubuh n if so percntge nk kn kanser tggi n bl knser kn buat kimo..ya Allah sgt tkt sy rs kn hny Tuhan yg tau..doa sy smg sy akn trs chat n jauh dr kanser..

Seiring Nadiku said...

Saya pn disahkn molar pregnancy. Dh buat D&c pd 3 jun lalu. Masa tu BHCG 359096.0. Selepas 2, 3 kali ujian darah terus turun ke 187.7. Tapi pastu naik 452.7 .ujian darah lepas2 tu naik & terus naik brganda2. Doktor suruh buat kimo...saya sedih & rasa takut sgt niii...tolong doakan saya...

Unknown said...

hi skrg sy pregnant bdh 3bln. buat scan 3x but x npk baby. kosong sj. then baru2 ni sy pergi hsptl klg utk dptkn pemeriksaan lanjut. scan yg di lakukan melalui bwh. so dr situ doc telah dpt mengesan berkemungkinan bsr kandugan sy ada molar dan sy di mtk utk dpt membuat repeat scan lg 3week. masalahnya skrg sy bleeding tanpa henti membutkn s cpt pnt dan letih. apa patut sy lakukan skrg.

lienda faez said...

Sy baru je buat rwatan s&c kndungn molar , xde pape tanda , bleeding ke ape, cume ade spotting ckt2 dan mabuk pon xtruk. Dr scan kantong kosong n lmbt mmbsar, ikot kan dh 12week, tp scn 6week, n refer to pkar o&g, hri selase jmpe pkar trus admit, hri rabu trus s&c.
Next week appt nk tgok result drh bhcg dh trun ke blm,, Sblm s&c 2.0+ gto .doakn saye cpt smbuh.. tgh brpantang ni, bru kua wad td ptg.

lienda faez said...

Sy baru je buat rwatan s&c kndungn molar , xde pape tanda , bleeding ke ape, cume ade spotting ckt2 dan mabuk pon xtruk. Dr scan kantong kosong n lmbt mmbsar, ikot kan dh 12week, tp scn 6week, n refer to pkar o&g, hri selase jmpe pkar trus admit, hri rabu trus s&c.
Next week appt nk tgok result drh bhcg dh trun ke blm,, Sblm s&c 2.0+ gto .doakn saye cpt smbuh.. tgh brpantang ni, bru kua wad td ptg.

Unknown said...

Awk bleeding stat ble ye?

Unknown said...

Sis boleh sy tau tak berapa kali sis kena d&c?sy pun bru lepas d&c kali pertama ni..risau bhcg tak dpt lg lepas d&c kali pertama.sebelum tu bhcg sy adalah 46,000..mohon penjelasan sis

Unknown said...

Salam sis,sblm cuci berapa bacaan bhcg?skrg sis cmne ye?

Unknown said...

Hi sy da 8/52 lbi scan 2 kli npk molar pregnancy..next week jmpa pakar scan lg skli utk cnfrm jika da cnfrm molar akan bt d&c..hrp smuanya bjln lancar..n sembuh segera n bole pregnant smula ikut nasihat doktor..sb klu mo plan pregnant xikut nasihat dktr sgt bahya..

Unknown said...

Sy mmg ada rsa mual n muntah yg teruk then prnh awal2 8/52 ada spotting n bleeding smp 1 pad pnuh..tp bhcg blm cek..tp npk dlm scan cuma ada bntuk kabus2 bulat..dktr nasihatkn agar mlkukn D&c serta lkukn pmeriksaan bhcg ikut jadual serta elak mngdung dlm ms plg cpt 1 thun n plg lm 2 thun..oh my God umur pn da mningkat tp nak buat mcmna mgk Tuhan blm mgizinkn utk pregnt bt ms skrg..ank prtma bru 1 thun 11 bln..mmm sy hrp slps rwtn smuanya akn pulih n dpt pregnant semula..I like this page bcoz we can share our problem to other people..tq..

Anonymous said...

Saya mengandung dah 13week..saya pun ada keluar darah yang berwarna coklat tompok2 tapi bukan berketul..Doktor pun sudah scan cuma ada kantung tapi isi tiada...saya juga disuruh tunggu untuk 2minggu untuk scan balik...harap-harap tiada apa yang berlaku sebab ini merupakan anak pertama saya

Anonymous said...

Saya mengandung dah 13week..saya pun ada keluar darah yang berwarna coklat tompok2 tapi bukan berketul..Doktor pun sudah scan cuma ada kantung tapi isi tiada...saya juga disuruh tunggu untuk 2minggu untuk scan balik...harap-harap tiada apa yang berlaku sebab ini merupakan anak pertama saya

Unknown said...

kali pertama mengandung misscariage. ada kantung baby x de. kali kedua molar pregnancy. selepas 10 minggu bru nmpk baby. tpi baby lambat membesar seperti minggu sepatutnya. kmdn d&c. setiap 2 minggu ambil bacaan beta hcg. last dari 31 last trun 15. selepas 6 bulan i rasa i mengandung lagi. saya risau sgt. semoga kandungan ni selamat sempurna sifat dijauhkan dari perkara buruk. saya skrg rasa tertekan. saya rasa x de sape fhm perasaan sy.

Unknown said...

kali pertama mengandung misscariage. ada kantung baby x de. kali kedua molar pregnancy. selepas 10 minggu bru nmpk baby. tpi baby lambat membesar seperti minggu sepatutnya. kmdn d&c. setiap 2 minggu ambil bacaan beta hcg. last dari 31 last trun 15. selepas 6 bulan i rasa i mengandung lagi. saya risau sgt. semoga kandungan ni selamat sempurna sifat dijauhkan dari perkara buruk. saya skrg rasa tertekan. saya rasa x de sape fhm perasaan sy.

hasaimah_ema said...

pada januari 2015 saya pun pernah merasai molar pregnansy, masatu usia kandungan saya dah 4 bulan. masa scan tak nampak baby..ade kantung jee.. alhamdulillah, setelah selesai D&C, beta HCG saya dah -2<.. dah setahun lebih saya jalani rawatan.. sekarang nii tengah berusaha untuk dapatkan baby plk..

Unknown said...

Sis rusazlina.... sis tk perlu buat kimo? Cmne bacaan BHCG boleh turun...

Unknown said...

Sis rusazlina.... sis tk perlu buat kimo? Cmne bacaan BHCG boleh turun...

Unknown said...

Sis rusazlina.... sis tk perlu buat kimo? Cmne bacaan BHCG boleh turun...

Unknown said...

Mohon bantuan. Sy buat d&c 1 april 2016. Skrg ni da 4 bulan bhcg sy still x turun ke normal range. Risau jugak. Latest check 44 lebih. Ade lagi. Sesape ade pngalaman bole tak share.

Unknown said...

Mohon bantuan. Sy buat d&c 1 april 2016. Skrg ni da 4 bulan bhcg sy still x turun ke normal range. Risau jugak. Latest check 44 lebih. Ade lagi. Sesape ade pngalaman bole tak share.

Unknown said...

saya pun kandungan anggur ..d&c bulan mac 2016..lps d&c bacaan bhcg masih tggi dsn semakin menaik.doctor mintak kemo.tp sy tolak.sg usaha cara lain..sy cuba daun rerama.alhamdulillah..lps minum daun tu bacaan makin turun..bayangkan drpd bacaan awal 18000 now dan normal..Alhamdulillah... skrg sy still minum dan skrgskraya saya pun jual sbb tau kesan ajaib nye... in shaa Allah...

Fb: Hazwani Hasan Khan said...

Hi semua.... Saya pun kandungan molar juga...jom join kat group fb sy... Kandungan anggur@molar pregnancy. Boleh kita share pgalaman dan memberi smgat kpd yg baru alamai kehamilan molar ni.....

Fb: Hazwani Hasan Khan said...

Sy juga dh mula follow up kimo...

Unknown said...

aii.. saya bleeding pgi td. actually sye dah sporting coklat2 2 hri lps. bile dah rest ok then today start blik. kali ni btl2 fresh bleeding. now admin 3 hari dr nk check hormon. mse scan bwah die ckp suapect molar preggy jugak tpi blum confirm. tgu result darah 3 hari lgi. please pray for my baby... :(

Unknown said...

Blh share pngalaman ngn sy x? Contact sy... 0172422991

Unknown said...

Saya pun Baru tau Pagi tadi doktor bgtau kandungan saya anggur lepas buat scan. Dah Masuk 3 bulan.Ujian air kencing mmg positive Tapi janin takda.doktor klinik buat Surat kena refer ke hospital.tapi saya nak buat Cara kampung dulu.memang bahaya kalau Tak buang.blh Kena ketumbuhan Dan kanser.kwn saya ada jgk yg trjadi sama.tapi alhmdulillah bidan kg Pandai urut Pastu keluar cm darah ketul-ketul.bila scan tiada Sudah.

umi fahmi said...

Saya baru je buat s&c petang tadi.masuk dewan bedah jam2 keluar jam4.skg duk kat sub acute room doc nak pantau takut nanti bledding. Hopefully xde ape2 happen n boleh discaj petang esok
Ni kali ke2 saya kena molar pregnancy.1st kena 2013 dulu.complete molar juga.buat s&c juga.follow up check beta hcg 1tahun stengah..pastu saya mengandung.alhamdullilah..saya ngan anak ok bahkan tahun seterusnya sya bsalin lagi sekali
ogos 2016 saya keguguran.baby dlm perut x membesar.bila scan baby baru 6weeks sdgkan sepatutnya baby dah 12weeks.last2 saya keguguran tp xde cuci kat hosp.spttnya kena cuci sbb ni salah 1 sbb kandungan anggur boleh terjadi juga.tu yg bila sya mengandung lagi on jan2017 jadi kandungan anggur.tu antara sebbnya la..sbb ada banyak juga faktor tjadinya kandungan anggur ni.
Cuma mommies kena tahu ya keguguran dgn baby dan menagndung anggur ni x sama
Apa2pun semoga kita semua berada di bawah lindungan Allah senantiasa 😊

Unknown said...

Saya jga mngalami kndungan anggur.. seminggu lebih dah.. skrg msih lg bpntang.. sya dah buat d&c masa sy dimasukkan ke wad.. hari ni baru start ambik darah.. mgu dpan jmpa doktor.. risau jgk nanti tntg bacaan bhcg.. skrg sy amalkan tea rerama.. harap2 sihat seperti sediakala.. sy tak risau sgt bab anak ni sbb sy dah ada anak sulung.. kli kedua lekat sya keguguran.. ni kali ke3 lekat jd molar pregnancy pula.. dugaan kan.. tapi ingat kli ni nk rancang lebih lama.. prasaan takut masih ada..

Unknown said...

sis.. selama 6 hingga 1 tahun.. kita memang tak boleh ambik sebarang perancang ke.. sy pun bru je j molar pregnancy..

Unknown said...

As salam
Sy pun molar pregnancy dan suda d&c. Bacaan bhcg sy tdk normal dan doc suruh chemo,tp sy minta masa dulu.. lepas ni nk usaha ubat kg dulu.

Unknown said...

Macmana nak dapatkan teh reramau tu?

Unknown said...

Sy pun molar jugak..bulan 2 baru2 ni d&c ..sedih sgt xdak rezeki..tapi tu laa kena tunggu sampai 2tahun..tp kalau buat chemo tu better jangan dulu..cuba rawatan lain..please.. masa first ritu bacaan sy 15000 skrg dah ok sikit..makin menurun.

Unknown said...

Salam... Sy pun sme jg molar pregnancy... Mula tu bhcg 41000, skrg trn ke 55... Tkt jg kalu naik blk..

Unknown said...

Salam sis, cmne keadaan sis skrg? Adik saya alami yg sama.

keenaz said...

Bacaan hcg 2000 adakh tggi dn prlu kimo agaknyq

Hani said...

Hai semua. Sy buat dnc pada 25/10. Dan baru semalam, doktor.call personally, bgtau result menujukkan saya molar pregnancy.
Saya baru saje ambil1st bhcg test. Reading 26.9. Boleh kawan kawan share apa maksudnya?. Sebab yang bagi reault td nurse, dan tiada explanation. Bila baca baca, ada yg mention kanser, dan ramai yang.kene buat kemo.. rasa takut lah

Hani said...

Hai semua. Sy buat dnc pada 25/10. Dan baru semalam, doktor.call personally, bgtau result menujukkan saya molar pregnancy.
Saya baru saje ambil1st bhcg test. Reading 26.9. Boleh kawan kawan share apa maksudnya?. Sebab yang bagi reault td nurse, dan tiada explanation. Bila baca baca, ada yg mention kanser, dan ramai yang.kene buat kemo.. rasa takut lah

Unknown said...

sy bru lpas d&c dlm 3 week lbh n sy pnye BHCG pun still tinggi lagi..tp every week checkup ianya smkin menurun cuma xbnyak...risau juga..de petua utk trunkn ke...boasa brapa lma nk kena tunggu ianya trun ye???

Unknown said...

Result sy 12000.sblm d&c 48+++..Sblm keluar wad 38+++...seminggu slepas tu 18+++ then bru2 ni ambil drah lg 12+++...Sy hrap ianya semakin menurun hendakNya...blh shre petua utk trunkn ianya...Sy tkut kena msukkn ubat kimo...dktor de bgtau juga...

Unknown said...

Saya pnh kna molar pregnancy Thun 2010.. bln 8 saya d&c.. bln 10 dia ada smula. Dan terpaksa d&c lg.. hormon bhcg x turun.. Klau turun pn sikit je msa tu. Doktor suruh kemo.. tp saya mtk bg msa. Last2 saya try B17 appricot seed.. Alhamdulillah... Turun & kembali normal. Tp lps tu. 2 tahun x doktor x bg pregnant.. tkot tggi smula hormon tu.

Unknown said...

Apabila mengandung anggur berlaku rambut ada jatuh ke

Unknown said...

Sy pun mengalami hal yang sama sekarang ni, mohon share yer

Unknown said...

Sy pun baru buat dnc pd 19/20.Minggu dpn hari isnin Kena ambik darah. Risau betul sy. Blh bg petua tak utk dpt kan bacaan terus turun. Teh daun reramai tu bagus ke.

Unknown said...

Blh kongsi pengalaman tak. Wassup sy 01111443933

Unknown said...

Sy baru buat dnc 19/10/20. Minggu dpn Kena ambik darah. Blh kongsi pengalaman mcm mn turunkan. Wassup sy 01111443933

Unknown said...

Boleh berkesan ye teh reramai tu. Minum cam ner ye. Blh kongsi pengalaman. Wassup sy 01111443933