soalan dan jawapan mengenai molar pregnancy
Doktor,
SAYA berumur 27 tahun. Pada Januari 2005, saya telah melahirkan bayi pertama melalui pembedahan kerana kecemasan disebabkan oleh bayi saya yang kurang bergerak dan jantungya lemah. Namun begitu, bayi saya hanya hidup selama sembilan jam sahaja dan Allah lebih menyayanginya. Pada mulanya, doktor mengatakan bahawa punca kematian bayi saya adalah disebabkan oleh talesemia. Tetapi selepas doktor membuat ujian darah, ternyata kematian bayi saya berpunca daripada lemas dan sudah memakan najis. Selepas dua minggu bersalin, saya mengalami pendarahan yang banyak. Darah keluar berketul-ketul. Kerana kurang pengetahuan, saya ingatkan ia adalah pendarahan biasa sahaja. Sehinggalah 40 hari, saya kembali ke hospital untuk temujanji. Skan telah dilakukan dan doktor mengatakan ada satu ketumbuhan di dalam rahim saya sebesar buah limau. Pada mulanya doktor ingin melakukan pembedahan ke atas saya. Namun begitu setelah doktor melakukan pemeriksaan lanjut, doktor mengatakan yang di dalam rahim saya itu hanyalah segumpal darah. Oleh kerana itu saya hanya menjalani proses pendilatan dan pengkuretan (D&C). Sampel tisu dari rahim saya telah diambil dan disahkan mengandungi sel-sel kanser. Doktor mengatakan bahawa, saya menghidap ketumbuhan placenta site tumor yang jarang-jarang terjadi. Selepas itu, saya menjalani kemoterapi selama enam pusingan. Haid saya teratur. Saya ingin tahu, bolehkah saya mengandung lagi dan bilakah masa paling sesuai? Adakah perkara yang sama akan berulang sekiranya saya mengandung lagi? Sebenarnya saya trauma untuk mengandung lagi kerana takut perkara yang sama berulang. Namun begitu saya terlalu inginkan cahaya mata sendiri. Saya harap doktor dapat memberikan pandangan dan nasihat. Saya selalu cuba mencari maklumat tentang penyakit ini malangnya terlalu sedikit yang saya temui. Terima kasih.–
Jawapan
Sebelum saya mulakan, terlebih dahulu takziah di atas pemergian cahaya mata puan. Memang sukar untuk menerima tragedi yang seperti puan alami sekarang ini.
Sebelum kita pergi lebih jauh lagi, ada baiknya jika saya menyentuh sedikit mengenai Gestational Trophoblastic Disease (Penyakit Trofoblastik kehamilan/GTD).
GTD bermula daripada sel-sel yang mengelilingi embrio (trofoblas). Sel-sel ini akan membesar dan berubah menjadi plasenta untuk melindungi serta membekalkan makanan kepada janin.
Terdapat empat jenis GTD:
1. Hydatidiform mole/kehamilan molar/mengandung anggur
2. Mol invasif/berterusan
3. Koriokarsinoma
4. Placental site trophoblastic tumor (PSTT)
Kesemua jenis GTD ini boleh dirawat dan penghidap mempunyai peluang untuk sembuh sepenuhnya.
Hanya kehamilan molar merupakan jenis kanser yang tidak ganas (benigna), tidak seperti jenis- jenis lain yang merupakan kanser yang ganas dan menular atau merebak dengan cepat.
Hydatidiform mole/kehamilan molar/mengandung anggur.
Jenis ini paling banyak berlaku dalam lingkungan 10:1,000 kandungan. Disebabkan rupa bentuknya yang bergugus-gugus seperti buah anggur, ia dinamakan mengandung anggur.
Kehamilan molar terdiri daripada dua jenis:
* Complete Mole (mol sepenuhnya) berlaku apabila sperma mensenyawakan telur yang kosong dan ia hanya mengandungi sel-sel molar sahaja.
* Partial Mole (mol separuh) berlaku apabila dua sperma mensenyawakan satu telur yang normal dan biasanya terdapat janin bersama-sama dengan sel-sel molar. Janin- janin ini selalunya meninggal di dalam kandungan.
Mol invasif/berterusan berlaku apabila kehamilan molar menembusi dinding rahim. Risikonya 20 peratus kepada wanita yang mengalami mol penuh yang dikeluarkan secara kuretaj (D&C).Jika tumor membesar dengan agresif, ia boleh menembusi dinding rahim dengan cepat sehingga berlubang menyebabkan perdarahan yang banyak. Selalunya, mol invasif memerlukan seseorang itu menjalani proses kemoterapi.Terdapat juga kes-kes di mana tumor ini merebak melalui darah ke organ-organ lain terutamanya paru-paru. Risiko berlakunya mol invasif adalah dalam lingkungan 1:15,000 kandungan.
Koriokarsinom-Merupakan jenis GTD yang ganas (malignan).
Selalunya bermula daripada mol penuh, tetapi boleh berlaku selepas keguguran ataupun selepas kelahiran anak yang biasa. Risiko berlakunya koriokarsinoma berada dalam nisbah 1:20,000 kandungan.PSTTJenis GTD yang amat jarang ditemui, berlaku di tapak uri yang melekat di rahim. Selalunya ia berlaku selepas kelahiran biasa ataupun selepas keguguran. Hampir kesemua jenis GTD amat sensitif kepada kemoterapi, tetapi tidak bagi PSTT. Oleh itu, hampir kesemua PSTT memerlukan histerektomi.
Faktor risiko GTD?
Faktor risiko merupakan apa sahaja yang menambahkan risiko seseorang itu mendapat sesuatu penyakit. Contohnya, jangkitan Human Papilloma Virus (Virus Papiloma Manusia/HPV) merupakan faktor risiko untuk kanser serviks. Merokok juga merupakan faktor risiko untuk kanser paru-paru, mulut, larinks, pundi kencing dan lain-lain. Tetapi, ia tidak bermakna jika anda mempunyai beberapa faktor risiko di atas akan menyebabkan anda mesti/akan mendapat penyakit tersebut.
1. Umur - Risiko untuk kehamilan molar lebih tinggi kepada wanita berumur lebih 40 tahun ataupun kurang dari 20 tahun.
2. Turutan kandungan - Wanita yang mengandung kali pertama mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding wanita yang pernah mengandung dan melahirkan.
3. Pernah mengalami kehamilan molar. Risikonya bertambah kepada 1:60.
4. Jenis darah: Wanita yang mempunyai darah jenis A atau AB lebih berisiko berbanding dengan darah jenis B atau O.
Bolehkah GTD dikesan awal?
Memang boleh, khususnya apabila wanita hamil mula menunjukkan sesuatu yang luar biasa di awal kehamilan seperti:
1. Perdarahan faraj. Tidak semua perdarahan faraj itu disebabkan oleh kehamilan molar. Selalunya imbasan ultrasound akan dilakukan dan keadaan sebenar kandungan dapat dipastikan dengan serta merta.
2. Anemia.
3. Perut yang terlalu cepat membesar, tidak sesuai dengan usia kandungan.
4. Muntah yang keterlaluan.
5. Praeklampsia/darah tinggi semasa mengandung. Biasanya ia berlaku pada trimester ketiga kandungan. Namun begitu, ia boleh juga berlaku semasa trimester pertama ataupun kedua, ketika seseorang itu mengalami kehamilan molar.
6. Hipertiroidism. Hormon tiroid akan bertambah apabila seseorang wanita itu mengandung tetapi ia bertambah berlipat kali ganda semasa kehamilan molar. Menyebabkan jantung berdebar-debar, kepanasan dan tubuh badan menggigil.
7. Apabila tumor itu merebak ke organ- organ lain, simptomnya lebih spesifik. Contohnya, kesan rebakan ke paru-paru menyebabkan batuk, sakit dada, batuk berdarah ataupun sesak nafas. DiagnosisBerdasarkan simptom-simptom di atas, ujian imbasan ultrasound akan dijalankan selain ujian darah HCG. Tisu-tisu molar ini akan merembeskan hormon HCG, airnya akan digunakan untuk diagnosis, pemantauan penyakit tersebut dan juga sebagai salah satu indikator untuk mempastikan seseorang itu telah benar-benar sembuh dari penyakit tersebut.
Rawatan Setiap jenis penyakit GTD memerlukan perawatan yang berbeza.
Bagi pesakit kehamilan molar, memadailah hanya dengan kaedah D&C. Selepas itu, pesakit perlu menjalani rawatan susulan untuk mengesan sama ada penyakit ini sudah sembuh ataupun bertukar menjadi mol invasif ataupun koriokarsinoma. Setiap kali rawatan susulan, puan perlu melakukan pemeriksaan darah HCG setiap minggu sehinggalah ia menunjukkan hasil yang negatif sebanyak tiga kali. Rawatan kemudian dilambatkan kepada setiap bulan selama dua tahun.
Semasa tempoh rawatan, pesakit dinasihatkan agar tidak mengandung kerana ia akan menyukarkan diagnosis andainya kehamilan molar bertukar kepada bentuk yang lebih ganas.
Perlu diingatkan, kandungan yang normal juga merembeskan hormon HCG serupa.
Penyakit GTD yang lain memerlukan rawatan kemoterapi yang berterusan, bergantung kadar susutnya hormon HCG puan. Selepas HCG menjadi negatif, kemoterapi ditambah tiga kali lagi. Sekiranya puan mahu mencuba untuk mendapatkan zuriat lagi, sebaik-baiknya menunggu sehingga setahun selepas kemoterapi yang terakhir sebelum mencuba lagi. Selepas berhasil, dapatkan rawatan dengan segera dan jangan lupa membuat imbasan ultrasound. Selepas melahirkan, jangan lupa membuat ujian HCG selepas enam minggu.Saya harap penjelasan ini memuaskan hati puan. Jangan lupa menyimpan segala rekod perubatan puan dan membawanya ke mana sahaja puan menginap.Mungkin akan datang, puan berpindah tempat, sekurang-kurangnya di tempat baru, para doktor dan jururawat akan lebih memahami masalah puan dan dapat memberikan rawatan yang sepatutnya. -
Jawapan disediakan oleh Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru, Johor, Dr. Noor Aini Sa'ari.
Wednesday, February 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
bersyukurnya aku sbb aku tak mengalami alahan teruk, mendpt komplikasi semasa dan selepas bersalin. anak2 juga sihat walafiat.
aku nie nama je keje spital, tapi takut juga jika kene dok wad, mengidap penyakit bahaya, kene cucuk sana sini..
sape yg nak sakit kan!!!!
ko best arr...dpt dok 1st kelas..hehehe...tp kesian kat kwn aku tu..klu x kerana dia kene kanser ni..aku cuma tau psl mengandung anggur aje tp x tau kesan2nyer..
Coin Casino Bonus Codes | Best Casino Bonuses & Promotions
The best online casino bonuses and offers for 2021. We offer the latest and most exciting promotions for all 인카지노 new players. choegocasino We have been 바카라 providing
Post a Comment